Author Avatar

Sadli Harun

0

Share post:

“TRANSFORMASI PENDIDIKAN BERMULA DARI BILIK DARJAH”

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam transformasi sekolah kohort 3. Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya, kita warga SK Taman Melati masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus bekerja menabur bakti, menyumbang idea dan tenaga demi meneruskan kecemerlangan pendidikan negara.

Tahun 2020 merupakan tahun ketiga SK Taman Melati berada dalam Program Transformasi Sekolah Kohort 3. Sehubungan itu, kita akan meneruskan tagline yang telah diperkenalkan iaitu “TRANSFORMASI PENDIDIKAN BERMULA DARI BILIK DARJAH”. Diharap tagline tersebut akan dihayati sebaik mungkin supaya ianya dapat memberi satu sinergi baharu kepada kita semua di SK Taman Melati ini. Kemenjadian murid secara holistik dan kecemerlangan sekolah kini menjadi fokus utama dalam kerja buat kita sebagai pendidik.

Guru Kompeten Beraspirasi Tinggi

Tugas kita sekarang lebih mencabar. Kita dipertanggungjawabkan untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran dan ilmu yang akan membolehkan mereka mengadaptasi dan menyesuaikan diri apabila menghadapi dunia luar nanti. Kita tidak boleh lagi menyediakan murid untuk  masa hadapan dengan kaedah yang lampau, pendidikan perlu berevolusi. Oleh itu PdPc PAK 21 amat sesuai dan perlu dipraktikkàn semasa proses PdPc berlaku. Marilah kita bekerja bersama-sama untuk merealisasikan hasrat ini seperti yang termaktub dalam Gelombang ke-2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Sebagai pendidik, kita hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melahirkan modal insan yang berkualiti yang mana mampu bersaing di peringkat global. Penekanan kepada enam aspirasi murid dalam PPPM 2013 – 2025 iaitu melahirkan murid yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, murid yang beretika dan mempunyai identiti nasional yang utuh perlulah menjadi agenda utama kita .

Dalam meningkatkan kualiti sekolah, kita hendaklah menjadikàn Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) sebagai satu sumber rujukan (single point of reference) yang dijadikan standard tanpa mengira latar belakang sekolah. Oleh itu, dalam melaksanakan peningkatan kualiti sekolah perlulah melakukannya secara menyeluruh termasuklah dengan mengambil kira aspek kemenjadian murid secara holistik seperti yang terkandung dalam SKPMg2.

Pada tahun 2020 ini saya berharap supaya penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor  swasta (PIBKS) turut  sama -sama membantu pihak sekolah dalam usaha kita untuk membentuk kemenjadian murid yang bertaraf dunia ini. Selain itu, dengan penglibatan PIBKS ini ianya dapat membantu melonjakkan prestasi sekolah ke arah yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Saya mengharapkan supaya guru-guru SK Taman Melati sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran serta mempunyai jiwa yang murni untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi pada setiap masa. Ingatlah bahawa peranan kita sentiasa dinilai oleh masyarakat. Kita perlu memelihara akhlak dan budi pekerti supaya terus dihormati dan menjadi suri teladan kepada anak didik dan masyarakat.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2020 kepada semua warga SKTM. Semoga segala kejayaan yang dikecapi pada tahun 2019 akan menjadi pembakar semangat untuk kita mendepani cabaran tahun 2020 ini. Semoga pada tahun ini akan lebih banyak kejayaan akan tercipta jika semua warga dapat memberi komitmen yang tinggi dan ikhlas dalam melaksanakan amanah. Ayuh, marilah kita “MELANGKAH KE HADAPAN” bersama-sama untuk melakukan tranformasi dan penambahbaikan kepada kemahiran dan potensi diri yang sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan dalam abad 21 ini.

Mesyuarat Guru 1/2020