Waktu Pejabat : 8.00 Pagi - 4.00 Petang
  • Hubungi Kami

    03-4108 4420

  • Emel Rasmi

    wba0090@gmail.com

Pusat Sumber Sekolah

Kemudahan Pusat Sumber

Pusat Sumber Sekolah menyediakan pelbagai kemudahan yang memberi faedah kepada guru dan juga murid. Antara kemudahan yang disediakan di Pusat Sumber

Program NILAM

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

NILAM yang ditambahbaik merupakan kesinambungan kepada program NILAM terdahulu. NILAM yang ditambahbaik lebih berfokus kepada kualiti pembacaan berbanding kuantiti bahan di baca dalam NILAM terdahulu. NILAM yang ditambahbaik merupakan gabungan aktiviti pembacaan (kuantiti dan kualiti bahan) dan juga aktiviti-aktiviti pengayaan selepas pembacaan (peningkatan pengetahuan dan kemahiran selepas pembacaan) yang akan melihat kepada aspek
kualiti selepas pembacaan. Bahan-bahan yang boleh dibaca lebih pelbagai dan tidak terikat kepada buku berbentuk fizikal sahaja.

Matlamat Program NILAM yang ditambahbaik ialah melestarikan budaya membaca sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013 – 2025)

Pelaksanaan program-program galakan pembacaan berkualiti bertujuanuntuk :-
a. Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid
b. Membentuk kognitif, afektif dan psikomotor murid untuk terus menjana dan melahirkan idea kreatif dan inovatif melalui tabiat membaca berkualiti.
c. Memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan yang mencakupi elemen jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)
d. Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan aktiviti galakan membaca
e. Meningkatkan penglibatan masyarakat/komuniti setempat/pertubuhan-pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam pembinaan tabiat membaca berkualiti dalam kalangan murid.

Pelaksanaan program NILAM yang ditambahbaik ini lebih memberi perhatian kepada kualiti bahan bacaan yang dibaca di samping mengekal
kuantiti bacaan. Dari segi kualiti, murid mempunyai banyak pilihan bahan bacaan sama ada bahan buku, atau bahan bukan buku seperti brosur, poster, risalah, artikel, komik, majalah, laporan, jurnal, bahan
pembelajaran digital yang boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan format.

Jumlah bacaan buku oleh murid yang terdapat dalam objektif NILAM terdahulu masih dikekalkan (yang bersifat kuantitatif) tetapi telah ditambah baik dari sudut kualitatif melalui kualiti buku yang baca.
Pengukuran kualiti buku diukur melalui jumlah muka surat yang dibaca. Jumlah minimum muka surat telah ditetapkan bagi setiap kumpulan umur murid. Semakin tebal atau banyak muka surat buku yang dibaca maka semakin banyak mata ganjaran akan diberikan.

Pengiktirafan Sekolah Rendah
1 Bintang144 – 287
2 Bintang288 – 431
3 Bintang432 – 575
4 Bintang576 – 719
5 Bintang720 ke atas

Lagu NILAM

Sedang dikemaskini

Galeri Foto

-Buletin PSS-

JUALAN

MAJALAH KUNTUM EDISI 9/2020

Hi semua, mesti anda penggemar koleksi majalah Kuntum. Oleh itu, edisi 9/2020 Majalah Kuntum telah ada di pasaran SK Taman Melati. Edisi kali ini memaparkan info-info menarik seperti cara memasak “Pasta Cendawan Aglio Olio”, “Eksperimen Telur Terapung”, “My Favourite Colour…” dan banyak lagi. Nak tahu apa yang banyak lagi tu? Jom beli sekarang! 

HARGA: RM 3.00

KUNTUM 9/2020

JUALAN BUKU

CORONAVIRUS HIKMAH DALAM MUSIBAH

Mari menyusuri pengalaman seorang pesakit yang pulih daripada wabak Coronavirus (COVID19) dan pengalamannya dalam melawan virus tersebut. Daripada media sosial ke pengalaman secara langsung dalam buku. 

HARGA: RM25.00  

 Butang Penghargaan NILAM

Penghargaan kepada  murid yang diberikan dalam bentuk butang. Murid akan menerima butang penghargaan setiap kali berjaya merekod sekurang-kurangnya 30 bahan bacaan. Murid yang berjaya mengumpul 5 butang akan mendapat hadiah istimewa daripada PSS SKTM.

Adakah anda pemilik Butang Penghargaan NILAM seterusnya? Rebut peluang anda sekarang! Jangan lupa, Baca Dahulu Sebelum Menang! Ilmu dapat hadiah pun dapat. 

SK Taman Melati, KL