26 Jun 2020 (Jumaat) – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang merupakan majlis tahunan bertujuan memberi penghargaan kepada guru-guru dan staf yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan tahun sebelumnya. Kebiasaannya, majlis ini dianjur oleh Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur dengan menghimpunkan semua penerima anugerah bagi sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan, namun disebabkan penularan wabak COVID-19, perhimpunan sebegini tidak boleh dilaksanakan. Maka dengan itu, sekolah telah mengambil inisiatif mengadakan majlis ini di peringkat sekolah walaupun secara sederhana. Tahniah kepada semua penerima APC 2019 SK Taman Melati iaitu :
- En Zarolhisham Bin Yaccob
- En Muhammad Faiq Bin Abdullah
- En Muhammad Hanifa Bin Basiron
- En. Shahrul Hisyam Bin Abdullah
- Pn Saminah Bt M. Ahamed Gani
Sijil Anugerah telah disampaikan oleh En Mohd Sadli Bin Harun, Guru Besar SK Taman Melati. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan dan penghargaan ini menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan seterusnya menjadi contoh kepada guru-guru lain untuk sama-sama meneruskan kegemilangan sekolah demi anak bangsa.
Foto sekitar majlis, klik sini. Anda juga boleh melihat album gambar yang lain melalui Galeri Foto.


Leave a Reply