Author Avatar

admin

0

Share post:

27 Feb 2020 (Khamis) – Pemain hoki kebangsaan, saudara Faizal Saari telah meluangkan masa lebih kurang 1 jam bersama anak-anak SK Taman Melati untuk berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar mengenai asas-asas permainan hoki. Sesi latihan ini diharap berupaya memberi pendedahan awal serta membina keyakinan kepada hampir 30 orang murid tahun 3 yang menunjukkan minat dalam program pembangunan hoki sekolah.

Terima kasih kepada saudara Faizal Saari yang sudi berkongsi pengalaman walau dalam masa yang singkat dan terima kasih juga kepada wakil PIBG yang membantu pihak sekolah menjayakan program ini.

Foto sepanjang program, klik di sini.

Lawatan Penanda Aras Open Classroom
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-17