Tahniah kepada adik Nur Aisyah Bt Asrullizam yang telah menghantar penyertaan dalam Jordan Junior Experts Contest dan muncul sebagai salah satu pemenang dalam pertandingan tersebut. Berikut adalah video yang telah dihantar untuk menyertai pertandingan.

Tahniah Nur Aisyah

Video ini telah dimuatnaik dalam laman web pertandingan. Boleh klik di sini.

Selain menyertai pertandingan di atas, Nur Aisyah juga aktif menyertai pertandingan-pertandingan lain yang dianjurkan secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Berikut adalah sijil yang diperolehi bagi Pertandingan Sciematics Online Quiz Challenge 2020.

Sijil Penyertaan

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus sama mencipta lebih banyak kejayaan dan terus belajar walaupun sesi persekolahan masih belum dibuka berikutan wabak Covid-19 sehingga kerajaan terpaksa menguatkuasakan PKP bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Kemaskini 25 Jun 2020

Nur Aisyah telah memenangi Tempat Pertama untuk pertandingan tersebut manakala seorang lagi murid SK Taman Melati, Alisya Raihana telah memenangi Hadiah Utama ataupun Grand Prize. Tahniah kepada kedua-duanya. Mereka merupakan murid dari kelas 6MR.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SK Taman Melati, Kuala Lumpur