SK Taman Melati telah berkunjung ke SK Convent Jalan Peel selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Feb 2020 bagi melihat pelaksanaan Open Classroom di sekolah tersebut. SK Convent Jln Peel merupakan sebuah Sekolah Amanah Kohort 2 (2013). Sepanjang 2 hari tersebut, beberapa orang pentadbir dan guru SK Taman Melati berpeluang untuk melihat sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.

Pelaksanaan Open Classroom di SK Convent Jln Peel sedikit sebanyak telah memberikan panduan kepada SK Taman Melati untuk melaksanakan program yang sama di mana Majlis Perasmian Program Open Classroom peringkat daerah Keramat akan diadakan pada 12 Mac nanti.

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SK Convent Jln Peel yang diketuai oleh guru besarnya, Puan Salina Bt Othman atas kesudian menerima kehadiran kami dengan layanan yang begitu mesra.

Untuk melihat gambar dan video sekitar majlis :
Hari Pertama
Hari Kedua
Video


SK Taman Melati, Kuala Lumpur