Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara KPM DAN PDRM dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) disemua sekolah KPM.
Objektif :
- Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
- Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi udang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
- Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah diarahkan dalam surat Perkeliling Ikhtisas Bil. 8 Tahun 2010 KP(BPSH-SPDK)201/005/01/Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010.
TARIKH : 17 FEBRUARI 2020 ( ISNIN )
TEMPAT : DATARAN MELATI, SK TAMAN MELATI
MASA : 7.30 Pagi
PERASMI : TUAN KOPERAL AZARUL FAZLY BIN RAHMAT
PUAN KOPERAL AZLINA BINTI ALI
KISB : DATIN PADUKA NIK NADIAH ZAFIRAH BINTI NIK ZAINAL ARIFIN
PN. SITI SAFIZA BINTI MOHAMED SALLEH














