Author Avatar

admin

0

Share post:

29 Feb 2020 (Sabtu) – Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 dapat dijalankan dengan jayanya. Sebelum majlis bermula, pihak sekolah telah menjemput pegawai pergigian diketuai Dr Lynthia Wong bersama pasukannya untuk menyampaikan taklimat dan ceramah pergigian kepada ibu bapa yang hadir.

Mesyuarat pada tahun ini telah dirasmikan oleh YBhg En Ishak Abdul Kadir, Presiden Pertubuhan Bantuan Teknikal INSAF Malaysia. Pelbagai usul yang di bawa oleh ibu bapa telah dibincang dan diambil perhatian sewajarnya. Tiada pemilihan jawatankuasa dijalankan pada tahun ini kerana pemilihan hanya akan dijalankan 2 tahun sekali. AJK PIBG yang ada ketika ini telah dilantik pada tahun lepas.

Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian dan komitmen ibu bapa / penjaga yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini demi kecemerlangan anak-anak kita.

Gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung, klik sini.

Hoki bersama Faizal Saari
Program Open Classroom