Waktu Pejabat : 8.00 Pagi - 4.00 Petang
  • Hubungi Kami

    03-4108 4420

  • Emel Rasmi

    wba0090@gmail.com

 Muhammad Haiqal Danial – Naib Johan Pertandingan Gema Suara Munsyid 1441H / JPWPKL

Muhammad Haiqal Danial – Naib Johan Pertandingan Gema Suara Munsyid 1441H / JPWPKL

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Haiqal Danial Bin Mohamad Redha dari kelas 5 Melati Italia kerana telah berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan Gema Suara Munsyid Sekolah Rendah 1441H / 2020M anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pertandingan ini diadakan secara rakaman video kerana negara kita sedang menghadapi pandemik Covid-19. Dengan mendendangkan sebuah lagu nasyid yang bertajuk¬† ‘Jangan Sia-siakan’, adik Haiqal berjaya memikat hati juri-juri yang menilai dan sekali gus berjaya memperoleh tempat kedua dalam pertandingan itu.

Semoga kejayaan adik Haiqal ini dapat memberi semangat kepada rakan-rakan yang lain supaya terus menceburi minat dan menonjolkan bakat sedia ada dalam apa jua keadaan.

paik

SK Taman Melati, KL