01 Julai 2020 – Setelah hampir 3 bulan lebih sekolah ditutup akibat penularan wabak Covid-19, akhirnya sekolah dibuka semula secara berperingkat ketika negara masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Fasa Pemulihan). Kumpulan pertama yang memulakan sesi persekolahan adalah murid prasekolah. Seawal 7.30 pagi, pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Keramat, En. Shamsul hadir ke SK Taman Melati untuk memantau pematuhan sekolah terhadap garis panduan pelaksanaan pembukaan sekolah yang telah dikeluarkan oleh KPM. Segalanya berjalan dengan lancar. Semoga murid-murid yang hadir pada hari ini dan yang akan datang dapat mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan bagi memastikan sekolah sentiasa menjadi kawasan selamat dan selesa.
Gambar-gambar sekitar hari pertama persekolahan murid prasekolah dan pemantauan oleh pegawai PPD Keramat telah dimuatnaik di laman facebook rasmi sekolah.


Leave a Reply