Berikut merupakan video penerangan mengenai pelaksanaan dan pembudayaan Program Open Classroom (OCR) SK Taman Melati oleh Cikgu Nik Fathia.

Program Open Classroom yang dilaksanakan ini merupakan suatu usaha pembelajaran ke arah pemantapan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pembudayaan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21), Professional Learning Communities (PLC) dan sekolah untuk komuniti.

Antara objektif pelaksanaan Open Classroom adalah :

  • Memantapkan pelaksanaan PBD dan aktiviti PAK21 di bilik darjah
  • Mewujudkan ruang pembelajaran sesama guru di peringkat sekolah dan daerah.
  • Meningkatkan keyakinan guru untuk membuka bilik darjah kepada guru lain dan komuniti.
  • Membudayakan PAK21 dan PLC di peringkat sekolah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini diteruskan untuk masa-masa yang akan datang.

https://www.youtube.com/watch?v=z7CnK8aokZU


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SK Taman Melati, Kuala Lumpur