Author Avatar

admin

0

Share post:

12 Mac 2020 (Khamis) – Program Open Classroom peringkat PPD Keramat telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 10 Mac – 12 Mac melibatkan 7 buah sekolah dalam daerah Keramat. Senarai sekolah terlibat adalah SK Taman Melati, SMK Puteri Titiwangsa, SMK Setapak Indah, SK Setapak Indah, SK Wangsa Jaya, SK Wangsa Maju Zon R10 dan SJK(C) Nan Kai. Setiap sekolah yang dipilih akan melaksanakan sesi pembelajaran bagi mata pelajaran tertentu dan sesi pembelajaran tersebut boleh disaksikan oleh guru-guru lain.

Kemuncak program adalah Majlis Perasmian Penutup yang dilangsungkan di SK Taman Melati dengan kehadiran Puan Maznah Bt Abu Bakar, Pengarah Pendidikan JPWPKL sebagai perasmi. Sebelum Majlis Penutup, Pn Maznah bersama Pn Radzita Bt Radzi (Pegawai Pendidikan Daerah Keramat), Guru Besar SK Taman Melati, En Mohd Sadli Bin Harun dan semua pengetua/guru besar daerah Keramat yang dijemput menghadiri majlis ini berpeluang menyaksikan sesi pembelajaran mata pelajaran Sains Tahun 5 oleh Cikgu Nik Fathia. Turut berlangsung pada masa yang sama adalah sesi pembelajaran mata pelajaran Matematik Tahun 4 oleh Cikgu Amar dan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 oleh Cikgu Shahrul Hisyam.

Program Open Classroom yang dilaksanakan ini merupakan suatu usaha pembelajaran ke arah pemantapan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pembudayaan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21), Professional Learning Communities (PLC) dan sekolah untuk komuniti.

Antara objektif pelaksanaan Open Classroom adalah :

  • Memantapkan pelaksanaan PBD dan aktiviti PAK21 di bilik darjah
  • Mewujudkan ruang pembelajaran sesama guru di peringkat sekolah dan daerah.
  • Meningkatkan keyakinan guru untuk membuka bilik darjah kepada guru lain dan komuniti.
  • Membudayakan PAK21 dan PLC di peringkat sekolah.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini diteruskan untuk masa-masa yang akan datang.

Kompilasi program sepanjang 3 hari.
  • Klik sini untuk melihat foto sepanjang Majlis Perasmian Penutup.
  • Klik sini untuk menonton sesi pembelajaran Sains Tahun 5 oleh Cikgu Nik Fathia
  • Klik sini untuk menonton sesi pembelajaran Matematik Tahun 4 oleh Cikgu Amar
  • Klik sini untuk menonton sesi pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 oleh Cikgu Hisyam (akan dimuatnaik)
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-17
Kejohanan Catur Sekolah Rendah MSSD Keramat 2020

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *