Projek Naik Taraf Trek Larian Landas Lompat Jauh dan Kawasan Pendaratan Berpasir di Stadium Mini SK Taman Melati.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak PIBG SK Taman Melati kerana telah memberi sumbangan dalam menjayakan projek ini.

Projek ini dilaksanakan untuk meningkatkan motivasi murid khususnya dalam sukan olahraga seterusnya dapat menyumbang kepada kejayaan di dalam setiap kejohanan yang akan mereka sertai. Projek ini pastinya dapat memberi kesan kepada kemenjadian murid SK Taman Melati dalam memenuhi hasrat kerajaan bagi meningkatkan aspek JERIS setiap murid.

Dengan adanya trek ini, pengajaran dan pembelajaran bagi sukan lompat jauh akan berlangsung dengan lebih selamat dan  praktikal antara guru dan murid.

Pada tahun 2019, atlet lompat jauh sekolah telah berjaya merangkul beberapa kejayaan dalam Kejohanan Olahraga Luar Musim MSSWPKL yang berlangsung pada November 2019. Antaranya ialah :

  • 1Emas 1Gangsa (kategori bawah 9 tahun)
  • 1Perak 1Gangsa (kategori bawah 11 tahun)

SK Taman Melati, Kuala Lumpur