Waktu Pejabat : 8.00 Pagi - 4.00 Petang

Sejarah dan Info
SK Taman Melati

SK Taman Melati merupakan sekolah kerajaan yang dipilih melaksanakan Program Transformasi Sekolah Kohort 3.0 pada September 2017

Sekolah Kebangsaan Taman Melati (SKTM) telah dibuka pada 1 Januari 2004. Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Ahmad telah dilantik sebagai Guru Besar pertama di SK Taman Melati pada tahun yang sama sekolah ini dibuka. Sekolah ini ditubuhkan untuk menangani masalah lebihan murid di sekitar Taman Melati ketika itu memandangkan pembangunan sedang pesat membangun.

Murid-murid SK Taman Melati terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, India dan lain-lain termasuk murid bukan warganegara. Sekolah Kebangsaan Taman Melati menjalankan sesi persekolahan satu sesi sahaja iaitu sesi pagi bermula 7.30 pagi dan berakhir 1.00 petang untuk murid tahap 1 dan 1.30 petang untuk murid tahap 2. Terdapat 30 kelas yang digunakan dalam menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran.

Pelbagai kemudahan telah disediakan di sekolah ini untuk memberi keselesaan kepada murid-murid dan para guru. Antaranya mini stadium yang menggunakan sintetik trek, ICT, klinik kesihatan, bilik gimnastik, pusat sumber yang lengkap dengan penghawa dingin, surau dan sebagainya.

Bilangan guru dan murid juga bertambah setiap tahun mengikut keperluan berikutan terdapat pertambahan penduduk di sekitar Taman Melati. Pada Julai 2007, pentadbiran sekolah telah diperbaharui dengan perubahan pentadbir sekolah yang baharu. SKTM telah menerima Guru Besar baru iaitu En Maidin Bin Surateman dan dibantu oleh GPK1, Pn Jamilah Bt Ariffin, GPK HEM, Puan Hajah Jamaliah Bt Mohd Yusof dan GPK Kokurikulum, En Suhaili Bin Mohd Yunos untuk mentadbir SK Taman Melati.

“SK Taman Melati sentiasa berusaha melahirkan putera dan puteri yang bersahsiah mulia untuk cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sesuai dengan motto sekolah iaitu JITU (Jaya, Iltizam, Tekun dan Usaha)”

Guru Besar SK Taman Melati seterusnya ialah En Mohd Sadli Bin Harun yang memegang jawatan tersebut pada 2013. 

Pada 19 September 2017, SK Taman Melati telah dipilih untuk melaksanakan Program Sekolah Transformasi (TS25) Kohort 3.0. Pada tahun 2018, SK Taman Melati telah menjenamakan semula nama-nama kelas mengikut jenis bunga Melati iaitu Melati Bintang, Melati Raja, Melati Italia, Melati Gambir dan Melati Putih. 

Pada tahun 2020, SK Taman Melati maju setapak lagi apabila berupaya membangunkan sebuah laman web interaktif  (sktamanmelati.edu.my) bagi penyampaian maklumat dan dokumentasi secara berkesan. 

Ringkasan Sejarah

SK Taman Melati dibuka pada 1 Januari 2004. Guru Besar pertama Tuan Haji Ahmad FuadBin Ahmad

Guru Besar kedua melapor diri iaitu En Maidin Bin Surateman

Guru Besar ketiga melapor diri iaitu En Mohd Sadli Bin Harun

Sekolah menerima Watikah Pelantikan sebagai Sekolah Transformasi TS25 Kohort 3.0

Ikuti kami di laman Facebook

SK Taman Melati, KL