Author Avatar

admin

0

Share post:

Tahun 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar bagi kita semua. Pelbagai aktiviti yang dirancang terpaksa diubah kepada medium yang lain atau ditangguhkan akibat daripada penularan wabak covid-19. Banyak aktiviti / pertandingan dianjurkan secara dalam talian selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac yang lalu.

Walau apapun situasinya, pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada murid-murid SK Taman Melati yang berusaha menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan dan menempa kejayaan seterusnya mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa, kebangsaaan, negeri mahupun daerah. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa, terus mencuba untuk masa-masa akan datang.

Pihak sekolah melalui Unit ICT dan Multimedia telah menyenaraikan pencapaian sekolah serta menyediakan sebuah buku khas bagi mendokumentasikan kejayaan sekolah bagi tahun ini. Klik pada pautan di bawah ini untuk melihat pencapaian sekolah bagi tahun 2020.

https://sktamanmelati.edu.my/pencapaian-2020/
Penerima Butang Penghargaan NILAM (Top 3)
Pameran Bertema Digital

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *